NU Sentral Brickfields

Pada 11 Ogos 2009,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan gedung runcit Nu Sentral di Brickfield. Ia dijangka siap menjelang 2012.Nu Sentral terletak di kedudukan strategi di Lembah Klang menerusi sistem transit aliran ringan (LRT) dan sistem komuter serta lapangan terbang antarabangsa terbesar negara menerusi Express Rail Link (ERL).Nu Sentral dihubungkan ke KL Sentral menerusi jambatan berhawa dingin dari dan ke Stesen Monorel KL Sentral.

Nu Sentral berkeluasan 1.2 juta kaki persegi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion, yang mengandungi gedung membeli-belah tujuh tingkat dan menara pejabat 27 tingkat. Ia sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu di KL Sentral meliputi kawasan seluas 2.6 juta kaki persegi yang membabitkan tiga menara pejabat dan sebuah hotel butik dengan GDV RM2.14 bilion. Ia akan dibangunkan oleh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.

Setelah NU Sentral siap pada 2012, ia menjadi tiga kali ganda lebih besar daripada Mid Valley Megamall. Bandar Brickfields sama sekali akan berubah tetapi 'Little India' dikekalkan.Nu Sentral akan diurus oleh Nu Sentral Sdn Bhd, pembangunan usaha sama 51:49 oleh MRCB dan PHB.[8]

Kini,NU Sentral telah pun beroperasi dan menghubungkan laluan monorail KL Sentral ke stesen KL Sentral dan dijangka dengan pembukaan panggung wayang serta pusat hiburan di NU Sentral pada akhir tahun 2014 akan meningkatkan lagi pasaran bagi pusat membeli belah ini.

Rujukan

WikiPedia: Brickfields http://74.125.153.132/search?q=cache:vNxp4TFa_gcJ:... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B...